Sabtu, 30 Ogos 2008

School ICT

School ICT
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kerana melayari laman blog saya.Di dalam blog ini ingin saya ceritakan serba sedikit tentang ‘teknologi maklumat dan komunikasi’(ICT).Telekomunikasi dan teknologi maklumat adalah dua bidang yang telah bergabung pada masa kini dan dikenali sebagai ‘Teknologi maklumat dan komunikasi’(ICT). Jika sebelum ini, kedua-dua bidang ini berkembag dengan sendirinya tetapi perkembangan Internet telah menyebabkan bidang-bidang ini saling memerlukan untuk membolehkan orang ramai mendapatkan lebih manfaat dalan dunia kehidupan masa kini. Sebagai contoh, jika dahulu telefon hanya alat untuk berbual tetapi kini ia telah berubah menjadi serba guna termasuk untuk menyimpan nota, mengambil gambar, memainkan lagu dan sebagainya.Bagi Negara kita Malaysia, sejarah IT ini bermula semenjak telegraf diperkenalkan oleh British. Semenjak itu IT terus berkembang sehingga ke hari ini.Teknologi maklumat dan telekomunikasi pada hari ini semakin pesat berkembang didorong oleh pelbagai aplikasi protocol Internet serta pelbagai pelayan multimedia yang diperkenalkan di pasaran. Menerusi pelbagai ciptaan dan kemajuan yang dicapai,pergerakan manusia untuk melakukan sesuatu kerja menjadi semakin mudah dan cepat.Cuba bayangkan kita boleh menonton,menjawab pangilan telefon, khidmat pesanan ringkas(SMS),khidmat pesanan multimedia(MMS) dan juga memainkan kembali rancangan yang ditayangkan di televisyen.Semuanya boleh kita lakukan di satu peti televisyen.Selain itu pelbagai istilah yang digunakan dalam bidang ICT. Antaranya 3G,3GPlus,Bluetooth,Wideband-CDMA,MIMO,WiMAX dan sebagainya.Tambahan lagi, dengan kemajuan teknologi sekarang, pelbagai rekaan canggih yang tidak kita jangkakan berada di tempat kerja dan pada waktu sosial kita. Terdapat banyak contoh yang boleh kita lihat di pasaran yang menampilkan fesyen dan teknologi yang menakjukkan. Antara contoh terbaru yang saya ketahui ialah “Hug Shirt”, iaitu pakaian yang dilengkapi dengan sensor elektronikyang dapat menukar suhu di badan, tekanan dan kadar dengupan jantung.


Keduanya,“Tachnometer”iaitu kasut yang dapat merekodkan jarak perjalanan. Teknologi ini menjadi satu kepastian dan kemestian agar kita setanding dengan peredaran zaman.Selain kemajuan yang terus-menerus berkembang, bidang ICT ini juga menawarkan peluang pekerjaan dan kerjaya yang luas kepada remaja sekarang. Kebanyakan institusi pengajian tinggi(IPT) awam dan swasta menawarkan program dalam bidang komputer dan teknologi maklumat serta yang berkaitan dengannya.Contoh institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang tersebut ialah, Universiti Malaysia Perlis(UniMAP), Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Teknologi Mara(UiTM) dan KUSTEM.